Kebas Bila Duduk? Mungkin Salah Postur & Otot Ini Puncanya
Tekanan pada Otot piriformis Kaki Kebas dan rasa panas menjalar Minggu lepas dapat client mengadu kebas-kebas dan rasa panas menjalar dari belakang paha ke jari kaki sebelah kanan. Bila duduk je kebas makin terasa. Duduk sekejap pun dah rasa dah. Nak jalan jauh apatah lagi. Bila suruh beliau demo cara duduk, beliau akan sengetkan sedikit badan belah kiri. Mungkin tu adalah strategi badan beliau untuk kurangkan tekanan pada otot piriformis (Rajah1) belah kanan. Kaitan dengan sciatica Prepare for your next big adventure. Bila kami tekan otot piriformis , memang keras dan agak ketat. Mungkin otot inilah yang menekan saraf (sciatic) sebabtu rasa kebas bertambah bila beliau duduk. Kami cuba legakan otot piriformis ni dan betulkan cara duduk beliau. Kedudukan pelvik yang kurang tepat semasa duduk menyebabkan berat badan terus jatuh dekat otot piriformis ni. Boleh jadi jugak disebabkan oleh tekanan yang berlebihan pada disc yang menyebabkan saraf ni tersepit. Badan Kena Servis Juga! Bilamana betulkan cara beliau duduk dan legakan otot piriformis , simptom banyak berkurang. Urutan legakan otot ni mungkin dapat membantu beliau tapi dalam masa sementara saja sebab selagi beliau tidak membetulkan postur duduk, tekanan pada otot dan disc akan berterusan. Selagi titik tekanan tidak dibetulkan, selagi tu lah simptom akan terasa. 2 struktur inilah yang mungkin menekan saraf sciatica tu. Sebabtu pentingnya pemeriksaan fizikal sekurang-kurangnya 6 bulan sekali. Badan kena selalu servis jugak tau, jangan nanti dah jammed baru nak check.
Dah la rasa kebas-kebas belakang kaki tu sepanjang hari. Nak tidur malam pun terganggu sekali
Ada ke yang tengah mengalami situasi di atas? Bagi kita waktu malam la time nak rehatkan badan dan kumpul tenaga balik, tapi kalau dah sakit datang mengganggu macam mana nak tidur lena. Esok nak pergi kerja tak bermaya sebab kurang tidur. Posisi Tidur Sebab itu posisi tidur yang betul sangat penting untuk kurangkan simptom di atas. Anda digalakkan memilih cara tidur yang dapat memastikan tulang belakang dalam posisi neutral. Ada beberapa posisi yang boleh dilakukan: 1. Baring mengiring dengan sisi yang sakit di atas. Letakkan bantal kecil di antara pinggang dan katil. 2. Baring mengiring dan letakkan bantal di antara kaki untuk memastikan tulang pelvis dan belakang keadaan neutral 3. Tidur posisi C dengan membawa lutut berdekatan dada. Letakkan bantal di antara kaki 4. Baring dengan muka di atas (terlentang), letakkan bantal kecil di bawah lutut atau pinggang untuk sokongan dan tulang belakang jadi neutral Jadi pilihlah cara tidur yang terbaik untuk anda. Selamat mencuba!
CARA ELAKKAN SCIATICA KETIKA DUDUK LAMA
Kerja zaman sekarang dah tak perlu bergerak banyak ke sana sini. Cukup duduk depan komputer saja pun macam-macam kerja dah boleh siap kan? Bak kata orang, zaman dah moden Satu kajian daripada National Health and Nutrition Examination Survey telah mendapati sebanyak 70% orang luangkan masa mereka sebanyak 6 jam atau lebih untuk duduk setiap hari. Kalau dah duduk lama macam tu macam mana lah tak dapat sciatica Bila duduk lama, tekanan pada tulang belakang semakin bertambah sekali gus saraf disekelilingnya ditekan termasuk saraf sciatic kita. Itu yang boleh rasa kebas dan sakit dari pinggang sampai hujung kaki tu Eh sampai hujung kaki rasa? Ya betul, sebab saraf sciatic kita panjang, dari bahagian pinggang hingga ke bawah tapak kaki. Tak hairanlah simptom sakit/kebas menjalar sampai ke bawah Tapi jangan risau ada beberapa cara anda boleh lakukan untuk mengelakkan risiko dapat sciatica ni. Antaranya: Ubah kedudukan duduk setiap 30 minit untuk elakkan tekanan yang lama pada bahagian yang sama di tulang belakang Bangun dan berjalan seketika setiap 30 minit Lakukan senaman regangan ringkas Letak sokongan seperti tuala/bantal kecil di belakang untuk kurangkan pergerakan tulang Kekal hidrat (hydrated) untuk memastikan disc tulang belakang sentiasa dalam keadaan sihat yang berfungsi untuk menyerap tekanan Jika anda menghidapi simptom sciatica yang menyakitkan ketika duduk lama dan sudah buntu untuk cari jalan penyelesaian jangan risau, kami fisioterapis boleh bantu selesaikan masalah anda
Sakit belakang tiap kali selepas angkat berat?
Seorang klien datang dengan aduan sakit belakang yang berlarutan sejak 5 tahun lalu. Katanya, setiap kali balik kerja, mesti rasa sakit yang teramat — terutama di bahagian belakang peha dan pinggang. Bila ditanya kerja apa, rupanya beliau bekerja sebagai tukang rumah. Tak hairanlah — kerja berat, angkat barang setiap hari. “Biasanya saya suruh adik pijak belakang peha. Lepas tu baru lega sikit… tapi esok sakit balik.” Terapis minta klien tunjukkan cara dia angkat barang semasa kerja.Nampak jelas — pergerakan pinggul (anterior pelvic tilt) sangat kurang. Bila balik kerja, urut sikit rasa lega.Tapi esok buat aktiviti sama…Otot yang sedang sembuh, luka balik. ➡️ Healing process terganggu.➡️ Luka tak sempat sembuh, simptom tak pernah hilang. Bila kurang pergerakan ini, beban akan jatuh pada otot-otot belakang — termasuk hamstring, glutes dan lower back.Sikit-sikit mungkin tak terasa, tapi kalau ulang setiap hari dengan beban berat, boleh menyebabkan otot terkoyak halus. Kami panggil ini muscle strain. Tapi Nak Buat Macam Mana… Tak Boleh Tak Kerja? Kami faham, kerja tetap kena buat. Tapi ada cara untuk optimumkan proses penyembuhan. Strategi Kami: Kurangkan Tempoh Angkat Berat (Modify Activity):Aktiviti memang tak boleh dielak, tapi boleh dikurangkan secara berperingkat. Guna Lumbar Support:Bantu support tulang belakang ketika kerja berat. Tungku / Hot Pack Selepas Kerja:Letak pada otot yang terlibat untuk legakan ketegangan dan tingkatkan aliran darah.Ini bantu cepatkan penyembuhan. Aliquet adipiscing vivamus ultrices ipsum, commodo vitae, elit nec ipsam luctus. Prinsipnya: “Bukan sekadar hilangkan sakit, tapi bantu tubuh sembuh sepenuhnya.” Kalau anda atau orang tersayang alami situasi sama, dapatkan penilaian profesional dari kami di GT Physio. Rawatan secara one-to-one dan khusus ikut keadaan badan anda.
Sakit Bahu, Susah Tidur & Kebas Jari? Jangan Abaikan!
Frozen Shoulder Sakit Bahu, Susah Tidur & Kebas Jari? Jangan Abaikan! Sekiranya anda sering mengalami sakit berpanjangan di bahagian bahu, sehingga sukar tidur lena, atau kerap: Sakit kepala & tengkuk Lenguh tangan Kebas di jari-jari Pergerakan bahu terhad …anda tidak boleh biarkan simptom ini berterusan tanpa rawatan. Apa Itu Frozen Shoulder? Frozen Shoulder atau Adhesive Capsulitis ialah satu keadaan di mana pergerakan bahu menjadi semakin terbatas dan sakit semakin ketara, terutama ketika cuba mengangkat tangan. Keadaan ini berlaku apabila tisu lembut di sekitar sendi bahu mengalami keradangan, menjadi tebal, dan tegang — sehingga menyekat ruang dan pergerakan sendi. Tanda-Tanda Umum: ✅ Sukar angkat tangan ke atas ✅ Sakit ketika menggerakkan bahu ✅ Pergerakan terhad, terutama bila nak pakai baju, sikat rambut ✅ Kebas atau rasa berat pada tangan “Boleh sembuh ke?” Insya-Allah boleh.Terdapat beberapa pilihan rawatan untuk membantu pemulihan Frozen Shoulder, antaranya: Rawatan Perubatan: 🔹 Suntikan Steroid – Membantu mengurangkan keradangan dan kesakitan. Namun, tidak sesuai untuk pesakit dengan sistem imun lemah atau penyakit kronik tertentu. 🔹 Pembedahan (jika tahap serius) – Seperti kaedah manipulasi atau arthroskopi bagi melegakan sendi. Rawatan Fisioterapi (Pilihan Utama): Di GT Physio, kami percaya rawatan fizikal yang konsisten dan berstruktur adalah kunci untuk pemulihan. ✅ Senaman Regangan Khusus – Bantu tingkatkan julat pergerakan. ✅ Latihan Di Rumah – Terapis akan ajar langkah-langkah yang boleh dibuat sendiri agar anda terus progres di luar sesi rawatan. Ingat! Rawatan awal sangat penting. Lebih lama anda biarkan, lebih ketat sendi bahu, dan lebih sukar untuk kembali seperti biasa. GT Physio
Lenguhnya leher sebab selalu hadap laptop satu hari, apa nak buat yea
Senaman untuk kurangkan sakit dan tegang kat leher Sakit leher ni selalu terjadi kepada org yg cara kerjanya banyak menghadap laptop, org yg mengamalkan tidur dlm posisi yg salah, penggunaan otot bahu yg *berlebihan*, postur badan yg teruk, dan terdapat kecederaan pada bahagian leher dan bahu. Sakit leher ni bleh menggangu pergerakan dan aktiviti harian anda, malah menyebabkan bahagian leher menjadi tegang dan terhad. Hal ini juga berkait rapat dgn sakit kepala. Sngt mengganggu aktiviti korang bkn? Disini penjagaan postur amatlah penting kerana leher merupakan sebahagian drp tulang belakang atau nama saintifiknya “cervical spine”. Terdapat beberapa senaman dan cara utk kurangkan sakit dan tegang kt leher ni, jom tgk vid kt bawah. Selamat mencuba https://gtphysio.com.my/wp-content/uploads/2025/06/AQNdow7iNAyYQj0j7EwdTMRCs7aQAwDgR-GPyT2vqm3O2HBAAHmw_qbppIRscsfyM5xNbzBSkDJRNWFGvFKdQmTDJIDowxpu5NQCC-50WvPgdw.mp4
DAH 9 BULAN OPERATION TUKAR LUTUT, TAPI NAK NAIK TURUN TANGGA BELUM BOLEH
“Dulu Nak Pergi Rumah Kawan Pun Fikir Banyak Kali…” Dua hari lepas, kami bertemu dengan Pn. Saba di Min House Camp, Kelantan — seorang bekas jururawat yang kini sudah bersara. Beliau berkongsi satu luahan yang menyentuh hati: “Saya teringin sangat nak ke surau, nak ziarah rumah kawan-kawan… Tapi kalau kena naik turun tangga, memang fikir banyak kali. Selalu akhirnya saya batalkan je niat tu.” Masalah Lutut Lepas Pembedahan Pn. Saba telah menjalani pembedahan tukar lutut (knee replacement) lebih kurang 9 bulan lalu. Tapi sekarang, pergerakan lutut hanya boleh bengkok sehingga 85° sahaja. Hasil pemeriksaan kami mendapati: Otot Quadriceps (otot peha) sangat lemah Pergerakan naik turun tangga sangat mencabar Aktiviti harian jadi sangat terhad Berat badan juga makin meningkat akibat kurang bergerak Solusi Bukan Sekadar “Senaman Biasa” Kami jalankan ujian kekuatan otot untuk nilai kemampuan semasa. Daripada hasil penilaian, kami cadangkan teknik pengaktifan otot Quadriceps — langkah awal sebelum buat senaman pengukuhan yang lebih intensif. Kenapa? ✅ Kurang risiko radang sendi lutut ✅ Lebih selamat berbanding senaman advance ✅ Mudah difahami & boleh dibuat sendiri di rumah Walaupun nampak mudah, bila dilakukan secara konsisten, teknik ini boleh beri kesan yang sama hebat macam kayuh basikal atau ke gym — tanpa bebankan sendi. Harapan Kami Semoga dengan rutin pengaktifan otot ini, Pn. Saba akan semakin yakin untuk naik turun tangga semula. Dan yang paling penting, dapat hidup aktif kembali, ziarah kawan-kawan dan ke surau seperti yang diimpikan. Di GT Physio, kami percaya:“Tak perlu seksa lutut dengan senaman susah — kami bantu secara berperingkat, ikut keperluan dan kemampuan sebenar anda.”
Jalan dah tak bertongkat. Selamat tinggal tongkat
Jalan dah tak bertongkat. Selamat tinggal tongkat Tak confident nak jalan kalau tak ada tongkat Jalan bertongkat memang sinonim dengan golongan berusia dari umur 50 tahun ke atas. Ada yang sebab sakit. Ada yang sebab tak stabil. Ada juga yang rasa yakin bila ada tongkat masa nak jalan. Tak ada tongkat, memang tak konfiden nak jalan. Kesian pada makcik yang bertahun dah jalan bertongkat, tapi bila ada kerja tetap kena gagahkan jugak diri jalan. Nak buat macam mana kerja tetap kerja. Jadi, sampai bila nak macam ni. Ada makcik ni masih bekerja, nak pencen lagi tiga tahun. Tempat kerja pulak kena naik turun tangga. Pernah tengok kawan dia pun ada problem sama. Tapi sekarang nampak dah tak bertongkat dah dia. Dia bagitau ada buat terapi lutut di GT Physio. Tanya dia fisioterapi tu apa, dia kata yang tukang perbetulkan sendi-sendi. Apa salah kalau dicuba. Mana tau serasi. Teringin jugak nak jalan tak bertongkat macam kawan makcik. Towards Physical Freedom! Dapat je nombor telefon dari kawan. Terus call dan book appointment. Bila datang tu macam-macam soalan terapis perempuan tu tanya, penat makcik nak jawab, rasa macam polis buat siasatan pulak. Rupanya tu memang prosedur kerja dia. Makcik pun cerita la “makcik dah setahun sakit lutut, dulu okay lagi tapi sekarang rasa makin sakit sampai kena bertongkat. Jumpa doktor, doktor kata lutut makcik dah ‘kurang gel’ tahap 3. Kalau bertambah teruk kena operate”. Seram makcik dengar, kalau boleh memang tak nak operate, tu yang makcik ikhtiar cari cara lain ni. Bukan apa sekarang ni bila bertongkat, makcik susah nak berjalan ke tempat kerja, kalau dapat tempat parking jauh lagi la. Perit rasa nak jalan. Bila ada urusan kena naik tangga tu memang tahan je sakit lutut. Nak jugak boleh solat di masjid dengan kawan tambah-tambah bulan puasa ni makcik nak solat terawih. Bila bertongkat ni susah. Bila terapis tu buat pemeriksaan dekat makcik, dia kata keadaan kepala lutut (patella) makcik, masih ada pergerakan. Tapi bila check julat pergerakan lutut makcik guna tikar biru dekat situ, dia beritahu julat pergerakkan lutut makcik terhad, tak capai julat yang normal. Sepatutnya dapat bacaan 10cm ke atas tapi lutut makcik dapat 5cm ja. Dia kata bila tak dapat bacaan normal, ni yang akan menyebabkan aktiviti harian makcik terganggu. Selepas dia buat beberapa test lain dekat makcik, dia kata ada 3 masalah yang menjadi punca: 1. Kekuatan otot peha lemah. 2. Otot tepi peha terlalu aktif sehingga mendominasi otot sebelah dalam. 3. Kedudukan lutut tak selari dengan jari kaki nombor 2. Selepas dia lembutkan semula otot tepi peha dan aktifkan otot bahagian dalam peha makcik. Bila dia suruh makcik jalan, makcik tak percaya sakit lutut makcik dah berkurang, jalan rasa ringan sangat. Macam magik tangan dia. Alhamdulillah. Sesi seterusnya dia kata dia nak kuatkan pulak otot peha makcik. Makcik gembira sangat sebab rupanya kaki makcik ni boleh ja jalan tanpa tongkat. Lepas ni boleh la pergi kerja tanpa tongkat.
HANYA BETULKAN 2 PERKARA NI, SAKIT LUTUT YANG BERTAHUN PUN BOLEH BERKURANG
HANYA BETULKAN 2 PERKARA NI, SAKIT LUTUT YANG BERTAHUN PUN BOLEH BERKURANG Di umur emas seperti ini, ibadah solat adalah fokus utama. Sayang kalau tak dapat solat dengan sempurna. Salah satu masalah utama warga emas yang solat atas kerusi adalah bila nak bangun masa qiyam. Rasa mencucuk2 lutut. Pedih sampai nak nangis. Kena tahan lutut nak bangun. Rasa tak puas kalau tak boleh bangun masa qiyam dalam solat. Ada Si anak datang fisio bawak mak. Mak sakit lutut, susah nak bangun masa solat. Anak nampak keadaan mak dan mengadu pada si kawan. Si kawan pernah datang jumpa fisioterapi sebab sakit lutut juga. Jadi kawan sarankan bawak mak jumpa fisioterapi. Kawan bagi nombor dan anak terus book appointment sebab sayang pada mak. Hari tu jugak datang untuk buat pemeriksaan. Kissing knee Bila check, rupanya lutut mak rapat masuk ke dalam semasa pergerakan duduk ke bangun. Kita panggil ‘kissing knee’. Kedua-dua kaki mak pun tak berada dalam keadaan lurus. Senget terkeluar. Masalah ni mungkin berpunca daripada kedudukan tempurung lutut tidak berada ditempat asalnya. Jadi bila nak bangun, berat badan akan jatuh banyak pada lutut. Sebab tu lah sakit lutut. Sepatutnya, berat badan mesti jatuh sekata pada peha, lutut dan tapak kaki. Bila Si terapis bantu betulkan kedudukan kaki lurus ke hadapan, dan support lutut mak supaya selari dengan ibu jari kedua, alhamdulillah mak kata sakit dah berkurang. Nak bangun pun lagi senang. Baru lah tahu punca sakit lutut mak. Jadi rawatan untuk hari tu hanya buat duduk bangun dari kerusi sahaja, di tambah dengan awareness untuk posisikan lutut dengan betul. Kedudukan tempurung lutut yang betul mestilah selari dengan jari kaki kedua. Baru lah berat badan akan jatuh seimbang bila berdiri. Towards Physical Freedom! Jadi kalau nak lutut kurang sakit masa bangun, kena buat 2 perkara ni: 1. Kedudukan kedua-dua belah kaki lurus ke hadapan 2. Lutut selari dengan jari kaki kedua Alhamdulillah, harini kita betulkan kedudukan lutut mak. Sesi seterusnya kita check kekuatan otot kaki mak pula.